PENGENALAN

IKA JAYA telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 22 Jun 2004 dan beralamat di 1, Jalan Restu 2, Tmn Sri Putri, Meru, Klang, 41050 Selangor Darul Ehsan. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh ZUBAIDAH BINTI PUTEH dan teleh mendapat status Bumiputera daripada beberapa agensi kerajaan.

Pada peringkat awalnya, IKA JAYA telah memulakan langkah permulaan di dalam sektor ini dengan menerima dan melaksanakan kerja-kerja kecil seperti sub-kontrak kerja-kerja pembinaan, kerja-kerja berkaitan dengan besi seperti grill,awning,gate,DLL, kerja-kerja pengubahsuaian rumah kediaman dan pejabat serta kerja-kerja pembersihan bangunan dan kawasan serta segala jenis kerja berkaitan dalam usaha untuk menambah pengalaman dan mengumpul modal demi memajukan lagi syarikat di masa akan datang.

Pada masa yang sama, syarikat ini juga telah memohon untuk didaftarkan di agensi-agensi kerajaan seperti Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Di atas daya inisiatif dan kesungguhan kami, para kakitangan teleh dihantar bagi mengikuti kursus-kursus perniagaan anjuran MARA dan Kerajaan Negeri Selangor serta institusi swasta yang diiktiraf bagi memenuhi kriteria yang diperlukan dalam usaha untuk mendapatkan lessen-lesen berkenaan. Akhirnya, IKA JAYA berjaya didaftarkan di Pusat Khidmat Kontraktor pada 10 September 2006 dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia pada 16 september 2006.

IKA JAYA juga mempunyai matlamatnya yang tersendiri, iaitu dengan merebut segala peluang yang telah disediakan oleh kerajaan khususnya dalam membangunkan sosioekonomi Bumiputera melalui dasar-dasar yang diperkenalkan seperti Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya. Kami juga mempunyai harapan yang tinggi untuk menjadi sebuah syarikat yang maju dan berdiri teguh seiringan setanding dengan syarikat-syarikat lain yang telah wujud di negara ini.